Senin, 02 April 2012

Cara-cara Membuat Puding Jagung


Resepi ini adalah atas permintaan Cik Ixora “Fly Over Me“. Dah beberapa kali dia minta tapi saya sibuk. La ni baru ada masa. Insya’allah resepi ini di samping sedap dan halalan toiyiba, juga baik untuk kesihatan kerana mengandungi banyak fiber. Lebih enak jika dimakan sejuk.
Dinginkan puding di ruangan biasa dalam peti sejuk dan JANGAN SESEKALI masukkan ke ruangan FREEZER. Kalau puding dah keras membeku, apabila ia kembali ke suhu normal, anda akan dapati teksturnya telah berubah menjadi “berurat-urat” atau “bersakar” dan tak sesuai dimakan, hanya layak ditongsampahkan!
PUDING JAGUNG
Bahan-bahannya;
  • Tepung Kastard 1 cawan
  • Air Masak 5 cawan
  • Susu Cair (Optional) 1 tin
  • Jagung Dalam Tin (Jenis Krim) 1 cawan
  • Gula Pasir ½ cawan
  • Garam 1 sudu kecil
Cara Membuatnya;
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali.
  2. Kacau bahan sehingga rata dan tidak berketul-ketul.
  3. Siapkan dapur dan masak dengan api sederhana.
  4. Sentiasa kacau hingga adunan menjadi likat dan berkilat.
  5. Proses memasak memakan masa dari 30 hingga 60 minit bergantung kepada tahap kekuatan api. Saya sarankan gunakan api sederhana besar pada permulaan tetapi jika dah hampir likat, bolehlah kecilkan api.
  6. INGAT, anda harus sentiasa mengacau adunan untuk memastikan tidak berketul dan hangus!
  7. Setelah likat dan berkilat, tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas.
  8. Biar ia sejuk dalam suhu bilik atau kalau tak sabar sangat, sila rendam bekas kedalam air. Pastikan air tu tak masuk ke dalam puding ya!
  9. Setelah itu masukkan ke peti sejuk.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar